Saturday, 10 October 2015

A step toward healing

I look at my reflection in the bathroom and think, Will i be missed.if i die? Do i really have a purpose in this superficial world?

“hurry up, Yaa, youre going to be late for school again!” my mom screams from downstairs.

  I take my bag and head to school. I sit in the class and listen uninterested as my first period teacher rambles on about the speed of light. Lately i have lost interest in everything including school activities. My mind is consumed with the hopelessness of ending my life. I look at the teacher and curiously wonder if she can detect the grief in my eyes.
  At school, i dont belong to any spesific clique. Even though im a cheerleadear, i dont really hang around with them anymore. I dont belong with the drama students despite the fact that i am the drama club, or the computer kids even though i like learning about computers. Not even Goths, although i listen to heavy metal. I simply cant bring myself to be with particular circle of individuals. I just walk around the hallways, occasionally stopping to chat with some “friends.” I dont even have a best friend. At lunch, i sit and listen to people talk and sometimes even try to participate in the conversation so no one will be suspicious of my sudden change of behaviour.
  After cheerleading practice, i go home up to my room and cry and cry because i dont understand where this feeling of depression is coming from, and its overwhelming. I listen to sad songs because i feel better when the pain is directed somewhere else. Every night, before my mom comes home i wash my face to hide any evidence of tears because i know how hard she works and at last thing she needs is to worry about me. We always eat dinner together, and during that time i assured that my health, school and everything in general is fine.

  She always says “yaa i know high school can be tough, and if anyone or anything is bothering you just let me know”
  Its every time she says these words that i open my mouth and try to tell her about what im going through, but i am so convinced that she will never understand it and that no one will never understand me because i dont even understand myself.
   Late one night as i lie in my bed, i look up at the ceiling  and think of the many ways to end this misery. I finally come to the conclusion to end my life. As a customary with those who have been decided to kill themselves, i decided to leave my mom a suicide note.
   I start with the words “i am sorry” and continue writing, listening my reasons, my everyday success and my lack of interest in everything. I tell her i love her and its best for me to do this and that we will meet up in heaven someday. As i begin to fold the letter, i realize what i am about to do, and im not scared, in fact its comforting to me. Then i think of my mom. I realize i am her only source of hope and happiness in this world. I realize how much pain she will go through. She tries so hard to make me- her only child - happy.
  My father left us six months ago to get married to another lady. I cry when i see my selfishness, cry some more when i reread the letter out loud. I collapse on the floor. Maybe death isnt the road to regaining my happiness, because i remember there was a time in my life when i was happy. I sway my weary body as i cry. I wipe aways my tears and head to my mom’s room. I knock the door.

  “Yaa, is that you?” her tired voice asks. “Yes, mom,” I respond. I start crying as i walk toward her.
“Whats wrong?”
I tell her everthing. She cries and hugs me, and i feel relieved. After that night, we sought help together and i met a lot of kids in my same situation, and i understood how much better life could be. Ending my life is not the solution to my freedom and happiness. Talking about it, no matter how hard, was a giant step toward healing.

Saturday, 22 August 2015

Tidak disenandung

Saya hari itu, membuang ke tepi pintu, lalu melempar senyum ke wajah bak rembulan yg mengintip di situ. Dan daripada wajah itu, saya membaca sesuatu.
Itu wajah anak sepupu saya.     Tubuhnya sudah menokok beberapa inci. Namun, wajahnya tetap ceria seperti dahulu. Wajah yg menciptakan rangkaian cinta bahagia. Rambutnya dahulu yg sering sahaja lungsur ke dahi dan melitupi mata,sudah elok ditata. Mungkin ditata oleh ibunya.
walaupun begitu,tetap juga dengan tangan halusnya,dia menyelak rambutnya ke belakang, sudah jelas menjadi kebiasaan. Dia ikut mengembangkan senyumnya, lalu meninggalkan lekuk pada kedua-dua belah pipinya.
Dia menggerakkan kakinya laju ke arah saya dengan wajah yang tetap memantulkan apa isi hatinya. Tanpa gelembung pertanyaan, dia terus membenamkan tubuhnya di sofa, merapat ke arah saya. Dia masih tersenyum. Luar biasa..
Dia menggerak perlahan kepalanya ke kiri, ke kanan dan di situ saya dapat baca, ramahnya tidak luntur,tidak lenyap walaupun jeda waktu kami tidak bersua suara. Sudah bermuara.
“Bonda beritahu, saya perlu jadi seperti jarum jam yg menunjukkan jam, bukan jarum minit dan bukan juga jarum saat. Tetapi bonda tidak bilang sebabnya. Abang tahu kenapa?” soalnya selepas beberapa waktu berbasa-basi berkenaan masa yang ditinggalkan. Saya menarik nafas panjang. Soalannya itu beraroma pekat, lalu menakar rasa yg dalam ke dalam hati.
“Mungkin bonda mahukan kamu diam seperti jarum jam itu. Tidak seperti jarum saat yang sentiasa bergerak, lalu membuatkan dia hilang tenang kerana asyik memerhati kamu.” jawab saya tersenyum. Anak sepupu saya itu menutup mulutnya. Ada sesuatu yg ditahan tahan, namun dapat saya baca, dia sedang girang tidak kepalang. Saya mengerit dahi lalu bertanya mengapa. Apa yg ada pada jawapan itu sehingga membawa kepada lucu dlm hatinya.
“Maaf,” tutur anak sepupu saya itu sebelum menyambungnya. “Sebenarnya bonda sudah memberitahu jawapannya, dan tadi saya hanya mahu menguji abang,dan jawapan abg tadi menggeser jauh daripada jawapan bonda.” wajah anak sepupu saya masih berona lucu dan saya terus bertanya apa yg ibunya kisahkan.
“Kata bonda, saya perlu menjadi seperti jarum jam yg menunjukkan waktu jam, kerana ia perlambangan manusia hebat yang merendah diri. Ia pendek, tidak mengundang perhatian, tidak ketara, namun cukup penting. Malah pada detik ia bergerak, ia membawa makna yg sangat besar pada manusia. Juga, detik jam dahulu yg akan disebut sebelum minit dan saat. Menurut bonda ia boleh dibuktikan. ”
“Cuba abang pandang jarum jam pada dinding. Apa yang rasa sekiranya berpeluang melihat jarum yg menunjukkan waktu jam itu bergerak? Pasti abang rasa bertuah, rasa dihargai nasib, kerana biasanya jarum jam itu tidak kita pedulikan dan jarang kita berpeluang melihat detik ia bergerak. Namun, tetap ia menjadi perkara paling utama dalam hidup kita. Jadi, bonda mahu saya begitu, merendah diri, tanpa perlu menunjuk,tidak memberitahu saat saya bergerak, namun manusia yg memandang saya pada saat saya bergerak akan rasa bertuah dan dihargai. Itu yg disukai Tuhan dan manusia itu yang akan diberkati olehNya. Merendah diri,” jelasnya panjang lebar.
  Saya memicing mata, fikiran saya berputar, sebelum kembali menyeluruhi wajahnya dan saya tersenyum. Rasa nakal menggelinjang dalam kepala saya. Saya mahu melihat dia membuat wajah galau, kerana wajanhya yg sebegitu, begitu meneduhkan hati. Saya bertanya “Apakah menjadi jarum saat dan jarum minit itu tidak bermakna?”
  Aneh. Anak sepupu saya itu terus sahaja tersenyum. Tidak langsung membuat wajah galau. Saya pula yg mengurut pelipis.
  “Bonda kata, jarum saat dan minit itu tetap juga berharga kerana jarum-jarum itu sebenarnya bekerja untuk jarum jam, dan jarum jamlah yg mengawal mereka. Jarum saat boleh sahaja berhenti, mati, namun jam tetap masih boleh diguna. Jarum minit juga boleh sahaja tidak bergerak lagi, namun jam masih berguna sbg penunjuk waktu, namun apabila jarum jam sudah berhenti,apa maknanya lagi hidup sebuah jam?” terangnya dan soalnya kembali.
  Saya tersenyum sambil menggaru kepala. Kata katanya itu bertapuk tapuk dalam kepala saya, bertebaran menutupi lompong-lompong fikir yang lama mengosong.  
“Bonda kata lagi, tidak ramai manusia yg sebegitu. Sangat berguna dan penting hidupnya kepada manusia dan lain, namun kerana ia tidak memaparkan diri, tidak bising, tidak itu dan ini, jadi dia dilupakan, malah sering dipinggirkan. Namun itu yg disukai Allah dan saya yakin bonda saya seorang daripadanya, kerana sering sahaja saya tidak mempedulikan nasihat bonda,” kata anak sepupu saya lagi.
  “Jadi menurut kamu, abang ini seprti apa?” soal saya tersenyum.
  Anak sepupu saya memandang tidak tega, mulutnya seperti kehilangan butir kata, namun dipaksa paksa sebelum berkata, “Abang ini seperti jarum saat.” Pendek.
 
Lalu saya terus terjajar ke belakang dengan nafas yg ditahan sedalamnya.

Wednesday, 31 December 2014

Its already 2015!

It a very long time. Sekian lama dh tak bukak blog ni memang dah berdebu. Haha. Okay. Actually sekarang dah masuk 2015. First jan 2015. So nak tak nak kena update blog masa ni. Fuhh. Nmpak sgt saya ni bkn seorang yg istiqamah kan. Hee. Nak ada blog. Tapi update setahun sekali haa. Pemalas sungguh. Sdgkan bnyak masa sy habiskan cam tu ja. bila nak berubah ni? So lepas ni sy akan gagahkan diri sy utk update selalu. Kena rajin sikit kan? Inshaallah saya akan cuba. Yeah i will!
jadi sekarang dah masuk tahun baru. First of all nak ucapkan selamat tahun baru 2015 masihi. No more 2014 dah.  Semua tu dh jadi memori sekarang. Bnda dh terjadi dulu takkan dpt diulang kembali. Kalau nak cerita 2014 memang bnyak kenangan. Pd sy tahun 2014 ajar sy pelbagai tentang kehidupan. Melalui pengalaman. Sy beralilh dari satu situasi ke situasi yg lain. Perasaan bercampur baur. Terkadang rasa marah. Rendah diri dan hampir putus asa. Tapi that is life. Hidup kalau takda ujian bkn kehidupan nama nya. Apa pun yg terjadi. Sy bersyukur sgt pada akhirnya sy sedar yg akhirnya perkara yg x disukai tu la yg sebenarnya terbaik utk sy.

2014 juga membawa bnyak duka kepada rakyat negara Malaysia. Bnyak kejadian berlaku yg bkn atas kehendak kita. Namun apakan daya. Manusia merancang tapi tuhan lebih tahu apa yg terbaik untuk hambanya. Sy percaya tragedi yg menimpa meninggalkan kesan yg mndalam kpd rakyat. 

sebenarnya bkn nak cakap bnyak pasal apa yg trjadi dlm tahun 2014. Tapi nak imbas kembali. Segala memori dan kenangan bersama kawan2 keluarga, bnda yg membahagiakan menyedihkan mungkin susah nak hapus dalam ingatan. Siapa tahu mungkin kita tak dapat lagi nak rasa nikmat khdpn di masa akan dtg? syukur sebab masih bernafas. Alhamdulilah.

I thnk setakat ni saje entri untuk cerita 2014. Hehe bosan pulak org yg baca nanti. Sy mgharapkan 2015  yg awesome dan menggembirakan utk semua org. Well ckp pasal tahun baru mesti ada azam baru kan? Saya pun ada azam jugak tau inshaallah nanti update pasal azam tahun baru pulak. Hehe. So lastly semoga sy dan anda menjadi insan yg sentiasa lebih baik dari sebelumnya dlm mnjalani hidup ni. Cewah. Inshaallah akan selalu improve diri utk kebaikan bersama. Ameen. Okay tutup dgn ucapan selamat tahun baru 2015 je! Assalamualaikum.

Wednesday, 24 September 2014

Pulau Harapan

Di sebuah pulau nun jauh di tengah lautan digelar Pulau Harapan terletaknya semua jenis perasaan. Ada cinta, pentingkan diri, kekayaan, kesedihan dan banyak lagi.
Pada suatu hari, ditakdirkan pulau itu tenggelam ke dasar laut. Semua perasaan cuba lari menyelamatkan diri ke pulau berhampiran yang lebih selamat. Begitu juga dengan cinta.
Dalam keadaan huru-hara itu, pentingkan diri lalu di hadapan cinta. Cinta pun berkata, “Bolehkah saya menumpang menyelamatkan diri bersama kamu?” Pentingkan diri terus menjawab, “Sampan saya hanya muat untuk diri saya seorang saja. Kalau saya bawa kamu, kemungkinan saya tenggelam ke dasar laut bersama-sama Pulau Harapan.” Pentingkan diri pun terus meninggalkan pulau itu.

Cinta tidak berputus asa lalu dia bertemu dengan kekayaan. Dia memohon pertolongan daripada kekayaan. Kekayaan berkata, “Sampan saya sudah dipenuhi dengan emas, perak, berlian dan harta-harta lain milik saya. Kalau saya bawa kamu sekali di mana saya nak letak harta-harta saya ni?” Khuatir cinta akan mengambil hartanya kekayaan meninggalkan Pulau Harapan dalam sekelip mata.

Cinta letih namun dia tetap gigih mencari bantuan. Sebuah sampan agak kosong dengan penumpang bernama kesedihan lalu di situ. “Sudikah kamu membawa saya lari dari pulau ini ke pulau berhampiran yang lebih selamat?” kata cinta. Kesedihan diam sahaja. Beberapa ketika dia bersuara, “Maaf, saya amat sedih sekarang dan perlukan masa untuk bersendirian.” Kesedihan berlalu dari situ dengan muka muram sekali.
Tidak lama selepas itu, sebuah sampan kecil dengan seorang lelaki tua dan wanita muda lalu di tempat cinta. “Wahai anak muda, marilah dengan saya menaiki sampan tak seberapa ini pindah ke pulau yang lebih selamat.” Tanpa menunggu lama, cinta terus mendapatkan orang tua itu dan mereka bertiga sama-sama berkayuh ke pulau berhampiran.

Setibanya di pulau baru itu, cinta, orang tua dan wanita muda itu membawa hala tuju masing-masing. Mereka langsung tidak sempat untuk berkenalan.
Cinta pun bertanya kepada wanita muda itu. “Kamu kenal siapa orang tua yang menumpangkan kita tadi?” Wanita muda itu menjawab, 
“Dialah masa.”Di saat-saat akhir, harapan turut tenggelam. Pentingkan diri, kekayaan, kesedihan dan perasaan-perasaan lain tidak kekal lama. Semuanya akan berlalu pergi. Hanya masa yang kekal menyaksikan penantian cinta walaupun penantian itu suatu penyeksaan.

-kisah diatas adalah gambaran manusia dalam memahami realiti.
Hasil nukilan seseorang yg menghantar serta ingin difahami isi hatinya lalu ku abadikan di laman blog sbg ingatan.

“Lelaki sama saja”

Maaf ya saya kata ? "perempuan ni suka dengan kata-kata (lelaki susah dipercayai/semuanya sama sahaja)..tapi dah nanti dia bercinta pulak dengan lelaki , takde pulak saya tengok mereka dengan kata-kata tu bercinta ataupun berkahwin dengan sama jenis”

Sedang asyik scroll down laman sosial ada pulak yg post status spt kat atas tu. Tiba jari terhenti dan berfikir sejenak tentang nyatakan. Sy bersetuju jika ayat sebegitu diucapkan oleh wanita2 krn memang sepatutnya sikap curiga atau berhati hati terhadap lelaki patut ada dalam setiap kaum hawa. Pada zaman ini memang wujud pelbagai karenah lelaki yg kurang elok  begitu juga wanita. Pada anggapan sy sebenarnya ayat sebegitu wujud kerana mereka belum menemukan lelaki yg benar2 mereka percayai dan membuktikan merekalh yg layak untuk mereka. Ini lebih baik berbanding jika setiap wanita terus percaya kpd semua lelaki tanpa ada rasa ingin melindungi diri sendiri kan? Tapi tidaklah bermaksud semua lelaki di dunia ini. Hanyalah sebahagian shj kerana masih banyak lelaki di yg mungkin memang mempunyai hati nurani yg baik cuma mereka yg belum menemukannya. Sy percaya mungkin satu hari nanti mereka akan berjumpa dgn lelaki yg akan ditakdirkan untuk mereka serta mengubah persepsi ini.  Semoga suatu hari mereka menemukannya dgn cara yg sewajarnya. Ini hanyalah sekadar pendapat dan renungan sama ada diterima atau pun sebaliknya. ;)

Monday, 16 June 2014

Vacation

Its been a quite long since the last time I'm update the  blog. Sekarang dh nak abis pun bulan jun. Cuti sekolah dua mggu pun dah abis. Tak sempat pulak nak update activities waktu masih cuti. Actually its nothing special. Sy habiskan cuti dgn balik hometown my mom. Its a rural area dekat daerah kapit. The village named belaga. There are adventures there. First week memang busy pasal my cousin yg nak nikah. So sabtu tu memang agak tough lah atur pasal the wedding. Taknak laa cerita banyak pasal the wedding. Pastu kalau dah balik kpg mestilah keçoh sefamily besar kalau ada family yg nk datangkan, its the same thing goes to my family. More to big family gathering. We go to the picnic, mandi waterfalls and so on. Yg special nya kat sini we all pegi picnic tu by boat or perahu. Seronok but agak bahaya. For those yg tak biasa tu memang sure lh agak meremang bila naik boat plus keadaan sungai nya yg berarus kuat. But still a fun and adventures. Adalah pengalaman yg mengujakan. Really exciting!. Actually bnyak lg activities laiñ but dah tak ingatlah pulak. So the story ended here. Lepas dua mggu we all balik lah  kuching  semula. Waktu hari nk bertolak tu memang agak sedih sebab tpaksa bpisah semulaa dgn semua family kat sana. What to do kan, memang lumrah setiap yg berjumpa pasti akan terpisah. Hanya  Masa yg akan menentukan bila pertemuan yg seterusnya.
sedar tak sedar cuti pun dh berlalu and now focus utk perjuangan utk masa depan yg baru membuka tirainyaa. The laziness mesti segera dihapuskan kalau nk berjaya. Hm jadi setakat ini for now. Selamat berjuang dan mperoleh semangat baru!

Friday, 23 May 2014

Note to myself.

   Dear self,

        Things hurt sometimes, sometimes we feel all alone, when things go bad, you must stay positive. you learn from each experience and the hope is to learn from it and be more aware next time when similar situation arises. sometimes we are left with no choice. there's always a choice but sometimes you're left with no choices that will benefits you. always keep your head held high. nothing last forever. the bad times do end. its up to you how long you decide to stay in the bad times. Stay motivated! don't dwell things behind your control. you're great! you're destined for the big things. Be proud of yourself. you have struggled  very much. you're smart, adorable, you're unique, you're creative, you're awesome! you feel better already. you have a golden heart. you've messed up a few times but you've learned your lesson. you have talent. keep educating yourself, reach enlightenment. you have a very good instinct, trust it! It's okay to say no, don't let anyone take advantage of you. Have heart, smile, because you don't own every problems in this world. Get inspired, stay inspired,
 be inspired. you will create your own empire. stay humble. this is all true, there are all facts!


 note to self.
 The most important things is to enjoy your life to be happy. It's all that matters. Don't worry too much, if it is supposed to be happen. it will happened.
       The only person you need in your life are the ones that prove they need you in theirs. So stop hoping for something ' hopeless'. Stop wasting your wishes on jerks. Lastly, before going to sleep every night, FORGIVE everyone and sleep with a clean heart.  



make sure what you do, worth it :)