Wednesday 24 September 2014

Pulau Harapan

Di sebuah pulau nun jauh di tengah lautan digelar Pulau Harapan terletaknya semua jenis perasaan. Ada cinta, pentingkan diri, kekayaan, kesedihan dan banyak lagi.
Pada suatu hari, ditakdirkan pulau itu tenggelam ke dasar laut. Semua perasaan cuba lari menyelamatkan diri ke pulau berhampiran yang lebih selamat. Begitu juga dengan cinta.
Dalam keadaan huru-hara itu, pentingkan diri lalu di hadapan cinta. Cinta pun berkata, “Bolehkah saya menumpang menyelamatkan diri bersama kamu?” Pentingkan diri terus menjawab, “Sampan saya hanya muat untuk diri saya seorang saja. Kalau saya bawa kamu, kemungkinan saya tenggelam ke dasar laut bersama-sama Pulau Harapan.” Pentingkan diri pun terus meninggalkan pulau itu.

Cinta tidak berputus asa lalu dia bertemu dengan kekayaan. Dia memohon pertolongan daripada kekayaan. Kekayaan berkata, “Sampan saya sudah dipenuhi dengan emas, perak, berlian dan harta-harta lain milik saya. Kalau saya bawa kamu sekali di mana saya nak letak harta-harta saya ni?” Khuatir cinta akan mengambil hartanya kekayaan meninggalkan Pulau Harapan dalam sekelip mata.

Cinta letih namun dia tetap gigih mencari bantuan. Sebuah sampan agak kosong dengan penumpang bernama kesedihan lalu di situ. “Sudikah kamu membawa saya lari dari pulau ini ke pulau berhampiran yang lebih selamat?” kata cinta. Kesedihan diam sahaja. Beberapa ketika dia bersuara, “Maaf, saya amat sedih sekarang dan perlukan masa untuk bersendirian.” Kesedihan berlalu dari situ dengan muka muram sekali.
Tidak lama selepas itu, sebuah sampan kecil dengan seorang lelaki tua dan wanita muda lalu di tempat cinta. “Wahai anak muda, marilah dengan saya menaiki sampan tak seberapa ini pindah ke pulau yang lebih selamat.” Tanpa menunggu lama, cinta terus mendapatkan orang tua itu dan mereka bertiga sama-sama berkayuh ke pulau berhampiran.

Setibanya di pulau baru itu, cinta, orang tua dan wanita muda itu membawa hala tuju masing-masing. Mereka langsung tidak sempat untuk berkenalan.
Cinta pun bertanya kepada wanita muda itu. “Kamu kenal siapa orang tua yang menumpangkan kita tadi?” Wanita muda itu menjawab, 
“Dialah masa.”Di saat-saat akhir, harapan turut tenggelam. Pentingkan diri, kekayaan, kesedihan dan perasaan-perasaan lain tidak kekal lama. Semuanya akan berlalu pergi. Hanya masa yang kekal menyaksikan penantian cinta walaupun penantian itu suatu penyeksaan.

-kisah diatas adalah gambaran manusia dalam memahami realiti.
Hasil nukilan seseorang yg menghantar serta ingin difahami isi hatinya lalu ku abadikan di laman blog sbg ingatan.

“Lelaki sama saja”

Maaf ya saya kata ? "perempuan ni suka dengan kata-kata (lelaki susah dipercayai/semuanya sama sahaja)..tapi dah nanti dia bercinta pulak dengan lelaki , takde pulak saya tengok mereka dengan kata-kata tu bercinta ataupun berkahwin dengan sama jenis”

Sedang asyik scroll down laman sosial ada pulak yg post status spt kat atas tu. Tiba jari terhenti dan berfikir sejenak tentang nyatakan. Sy bersetuju jika ayat sebegitu diucapkan oleh wanita2 krn memang sepatutnya sikap curiga atau berhati hati terhadap lelaki patut ada dalam setiap kaum hawa. Pada zaman ini memang wujud pelbagai karenah lelaki yg kurang elok  begitu juga wanita. Pada anggapan sy sebenarnya ayat sebegitu wujud kerana mereka belum menemukan lelaki yg benar2 mereka percayai dan membuktikan merekalh yg layak untuk mereka. Ini lebih baik berbanding jika setiap wanita terus percaya kpd semua lelaki tanpa ada rasa ingin melindungi diri sendiri kan? Tapi tidaklah bermaksud semua lelaki di dunia ini. Hanyalah sebahagian shj kerana masih banyak lelaki di yg mungkin memang mempunyai hati nurani yg baik cuma mereka yg belum menemukannya. Sy percaya mungkin satu hari nanti mereka akan berjumpa dgn lelaki yg akan ditakdirkan untuk mereka serta mengubah persepsi ini.  Semoga suatu hari mereka menemukannya dgn cara yg sewajarnya. Ini hanyalah sekadar pendapat dan renungan sama ada diterima atau pun sebaliknya. ;)